Saturday, November 24, 2007

Kek Lapis Haw Flakes Simple

Hari ni terlebih rajin sikit...tu lah pasal..bnyk lak posting ek..First attempt dari ummi untuk Kek Lapis Haw Flakes ni..namanya simple, tp uih really challenging, menguji kesabaran nak tunggu siap..hehe..tapi xle cantik sangat...lain kali nak try lagi..ni wat minum petang td..Ni resepi oleh Scarlet Julia - AMnet diambil dari MakLang. Tapi resepi asal adalah kukus, ummi pulak maleh nak mengeluarkan periuk kukus, so ummi bakar jer, ok what!

Bahan-bahan:-
  • 1 cawan butter (225 gm)
  • 1 cawan gula kastor (146 gm)
  • 4 sudu besar susu pekat (ummi letak 3 sudu jer)
  • 4 biji telor
  • 1 cawan tepung gandum ] ayak
  • 1 sudu teh baking powder ] bersama
  • 1 1/2 cawan biskut marie (kisar halus)
  • Asam Haw Flakes
  • 1 sudu teh esen venila
  • Pewarna hijau

Cara-cara:-

Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telor sebiji sebiji dan putar lagi. Kemudian masukkan esen vanila dan susu, kacau sekejap. Akhir sekali masukkan adunan tepung, baking powder dan biskut marie. Kacau menggunakan spatula hingga benar-benar sebati. Bahagikan adunan kepada 2. Ambil 1 adunan dan isikan pewarna, kacau sebati. Alas loyang dengan paper yang telah digris. Ambil lebihkurang 1/4 cawan adunan plain, dan ratakan dalam loyang. Bakar lebih kurang 6 minit (tgk oven gak) menggunakan mode api atas sahaja. Keluarkan dan tekan rata sikit dengan penekan kek. Kemudian letakkan adunan hijau dan susun asam haw flakes. Bakar lagi dan ulangi sehingga habis. Akhir sekali, boleh bakar sekejap saja dengan mode api bawah.

(*Kalau nk sedap, letakkan setiap lapisan dengan asam haw flakes....Ummi ada sikit maleh jugak nak mengatur asam nih..hehe..)

No comments: