Tuesday, May 20, 2008

Meehoon Goreng My Style..(*_*)

Ni breakfast sempena cuti Wesak semalam...balik dari kg hari Ahad tu dah malam sgt sampai, x sempat nk g kedai..so pagi Isnin tu ummi selongkar le tengok apa2 yg boleh dimasak..so ada la terjumpa sebungkus meehoon hehe..tgk bahan ada lah lebih kurang so, ummi goreng je lah ikut cara dan bahan ummi yg ada..

Bahan:-
1 bungkus meehoon - rendam dgn air suam2 panas
15 ekor udang sederhana
3 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah - kisar/tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
1/2 batang carrot - hiris halus
1/2 biji kobis - hiris
2 pokok sawi - hiris
garam
sedikit air
2 biji telor - goreng dadar dan hiris halus2
cili merah/hijau - hiris

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar, kacau hingga masak/naik minyak. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat dan kicap cair. Masukkan udang dan carrot. Masukkan garam dan sedikit air. Masukkan meehoon dan kacau goreng rata-rata. Jika perlu tambahkan air untuk melembutkan meehoon. Bila meehoon hampir masak, masukkan kobis dan sawi. Kacau hingga meehoon masak. Angkat dan hidangkan dengan telor dadar yang dihiris serta cili merah/hijau.

No comments: