Thursday, November 6, 2008

Shepherd Pie

Ummi buat ni malam semalam, anak2 dah lama duk suruh buat..hehe..maknya bz sesangat laa..kadang2 penat dah lepas masak, mana larat nak masak mende camni pulak aih!! Resepi dari dapur Kak Liza ni..Mintak izin C&P je ya Kak Liza..time kasih bebanyak share resepi ni...sedap sangat2, anak Ummi semua suka, siap bawak bekal g sekolah lagi..hb pun kata sedap..hehee..
Bahan:-
500 gm daging kisar
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 cawan kacang peas
8 biji cendawan tin [belah 4]
5 biji buah tomato masak - ummi letak 3 biji je
1 batang carrot [potong dadu]
1 pokok daun sup [cincang]
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b lada hitam tumbuk ]
1 kiub stok daging
2 s/b minyak garam
Bahan Kentang:-
1 kg kentang [potong dadu]
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega garam,
serbuk lada sulah
air untuk merebus kentang secukupnya

Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
4. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan akcau sehingga masak.
5. Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil. (*Ummi letak dalam foilcup kecil2 - senang anak2 nk makan)
6. Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
7. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
8. Masukkan sedikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil.
9. Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
10. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit
11. Sejukkan dan hidangkan.

2 comments:

Mat Gebu said...

kak ummi...
Baru mat angan2 nak buat ni esok, tengok2 akak dah buat dulu...ishhh power tull laaah, kalah speed boat!!!..

rose ikhwan said...

salam k.ummi cantik blog ....nampak sedap trliur tp sekarang mood lom ada