Tuesday, April 14, 2009

Ayam Serai Hanieliza

Ni pun lauk untuk nasi beriani kat atas tu..hehe..kiranya minggu ni minggu Kak Liza la yaa..duk ceduk habis satu set kat dapur dia..hehe...Thanks Kak Liza...nak kopipes jugak laa resepi tu eh...licin..sedap...
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih2
  • 0 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus


Cara-Caranya:
  1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan. (*tapi akak nak cepat, xdalah sampai serai tu pecah2 sangat pun..hehe)
  4. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

2 comments:

ain said...

memang sesuai le mkn ngan ns beriyani di atas tu!

noorcahaya said...

mkn dgn nasi ayam pun sedap.. jadi nasi ayam sambal.... kak.. ade tak resipi nasi ayam goreng.....