Sunday, April 19, 2009

Double Layer Pudding

Ahhaa...puding lagik!!! Yeap..sedap makan puding panas2 kan..tapi nak wat kena yang sempoi2 je leee..janji sedap...Resepi Ros a.k.a Onigiri yang duk Jepun tu...Tp akak letak dalam mangkuk leper n lebar gini susah lak nk nampak layer dia..so u all intai je laa ikut bawah mangkuk ni eh..hehe..Sekejap je licin...ai seh man..!! Aiman suruh wat lagi pulak ni!!

Bahan:- (4-5 acuan)
  • 300 ml susu segar
  • 100 ml whipping cream (kalau xda..tambah dgn susu segar jugak)
  • 50 gm gula
  • 4 gm (1 sudu kecil) gelatin
  • 1 sudu kecil air (untuk dibancuh dengan gelatin)
  • 10 gm serbuk koko - akak letak lebih sikit (bancuh dengan sedikit air panas)
Cara-Cara:-
  1. Mula-mula campurkan gelatin brsama air dan kacau sebati. Ketepikan dulu.
  2. Di dalam periuk, panaskan susu segar, whipping cream dan gula.
  3. Kemudian masukkan bancuhan gelatin tadi di dalam periuk dan kacau gelatin hingga betul-betul larut.
  4. Tutup api dan masukkan serbuk koko yang dibancuh tadi dan kacau sebati.
  5. Tuangkan ke dalam bekas/acuan puding.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam atau lebih.
Puding ini dengan sendirinya akan menjadi 2 layer apabila telah sejuk. Jika mahu perasa lain boleh jugak ditukar dengan strawberry atau apa2 aje perasa kegemaran.

1 comment:

ain said...

kak...cuaca kat jb ni tgh menyengat betul..klu le dpt semangkuk..sedappp