Tuesday, January 19, 2010

Ayam Gajus

Salam semua...rasa lamanya x update...weekend baru ni akak tutup dapur laa..hehe...busy betul akak, petang jumaat balik kerja terus ke KL sebab dah janji nk tolong adik akak Fazilah berpindah rumah, tolong2 kemas la kononnya...hehe..macamlah rumah akak ni dah xda apa nk kemas yaa...sajalah tolong kebetulan nak menziarah pulak adik akak Norizamin yang berkahwin tahun lalu dahpun selamat bersalin...dapat anak saudara baru lagi laaa...baby girl...tp baby masih duk dlm ward sebab ada masalah sikit...hanya mama dan papa dia je yg leh tengok...nampak gaya xda rezeki la akak nk tatap anak sedara baru nih...tgk gambor dlm henfon mama n papa dia je laa...macam nak kena dtg KL lg la pulak...hehe..Penat sungguh akak ni tau...Ahad malam sampai je kat rumah terus nak "tituuun" je...hehe...Meh la layan menu akak masak hari Jumaat tengahari tu yaa...Resepi dari buku Kak Liza (Chef Hanieliza) lagi...sungguh sedap!!

Bahan A:-
  • 600 gm isi ayam (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
Bahan B:-
  • 100 gm kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
  • 3 tangkai cili kering - dihiris
  • 2 biji bawang besar - dipotong dadu kasar (*akak letak 1 biji jek)
  • 4 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • 1 biji lada benggala hijau - dihiris memanjang/dadu (*akak guna hijau dan merah)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili kering (*yg ni akak tambah nk pedas sikit)
Cara Memasak:-
  1. Gaulkan isi ayam bersama garam dan tepung jagung.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
  5. Masukkan lada benggala, isi ayam, sos tiram, sos cili dan sedikit air (*akak tambah serbuk cili kering).
  6. Biarkan kering dan tutup api.
  7. Masukkan kacang gajus dan kacau rata.
  8. Sedia dihidangkan.

No comments: