Sunday, February 21, 2010

Mee Udang Che Iza

Satu lagi menu ketinggalan....hehee...lunch hari Jumaat aritu...masak pun agak lewat nk kata lunch pun x, sebab pagi tu kekenyangan n tengahari ada belen lg roti jala tu...so masak lewat sikit...terus tuk dinner sekali la malam tu..hehe. Try resepi dari Che'Iza kat MyResepi tu....sangat sedap dan kena dengan tekak akak anak beranak...Aiman sekali harung 2 mangkuk, malam makan lagi 2 mangkuk...uiihhh, agaknya sebab kurang pedas, banyak la dia tibaiii..tapi udang xdalah besar macam Che'Iza tu haa...sedang2 saja...Thanks Iza, akak C n P je yaa...

MEE UDANG

Bahan-bahan ( 3-4 org):-
  • 1/kg mee kuning
  • 300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
  • 4 sb lada boh / lada giling
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sb udang kering
  • *1/2 inci halia (bertanda * dikisar)
  • 1 sb petis (akak xda stok ni..letak je belacan sikit..hehe)
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah) - *akak letak 2 biji sederhana besar
  • gula n garam secukup rasa
  • taugeh n sawi - dicelur sekejap
  • daun bawang
  • bawang goreng
Cara-cara:-
  1. Rebus udang hingga masak, tapis keluar udang n asingkan. Air rebusan jgn dibuang.
  2. Dalam periuk panaskan minyak dan tumis lada boh hingga garing.
  3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga betul garing n naik bau.
  4. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih.
  5. Masukkan sos tomato, sos cili n petis. Renehkan kuah (dengan api perlahan).
  6. Masukkan garam n gula secukup rasa.
  7. Reneh lagi (# Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap.... )
  8. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah. (# Kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh.)
  9. Dalam periuk lain, didihkan air dan celur mee, taugeh n sawi.
  10. Cara hidangan - Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.
Mee udang lawan lak dengan choc n strawberry milk ice...pergghhh, tersandar makan...hehe

5 comments:

Love2cook Malaysia said...

Drool, drool and drool...hehehe ;)

ijan said...

Udang tak besar pon tetap menawan mee udang kak ummi neh. geram tengok. nak nak ade lak aie stroberi gelas besor kat belakang nun...lagiii la geram!!!

nino mok said...

salam, masyaAllah sedapnya nampak mi udang tu. saya cilok resepi yak. mintak halal :)

fuzidss said...

sedap tu kak ummi.. anak saya cakap sedap sangat

JUE said...

salam kak ummi...
mlm tadi Jue dh try resepi ni.
memang sedap!
cuma utk selera husband Jue, next time nk kena kurangkan sikit kepekatan kuah. semlm guna 2 biji ubi kentang,mybe pas2 ni guna 1 biji je lah. hehe...